|
KUCHING: Seramai 3,225 pekebun kecil getah di seluruh Sarawak akan menerima insentif khas sekali bayar RM500 seorang secara berperingkat mulai hari ini hingga selewat- lewatnya minggu pertama bulan depan.
Menurut Pengarah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Sarawak Wahid Marican, pengagihan peruntukan berjumlah lebih RM1.5 juta itu bertujuan meringankan beban golongan tersebut berikutan kejatuhan harga komoditi berkenaan di pasaran.
“Bayaran bantuan khas sekali gus ini akan disampaikan kepada kirakira 400 pekebun kecil di Samarahan esok (hari ini) kemudian di Sibu, Miri dan Betong menerusi majlis penyerahan, tetapi sekiranya mereka tidak dapat hadir, maka kita akan masukkan terus ke akaun bank,” katanya pada sidang media selepas perasmian Seminar Integriti RISDA Sarawak di sini, semalam.
... |