Top Menu
Language Select
W3C Color Changer
Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Font Sizer
Background Changer
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Banner
Last Updated Date
Kemaskini Pada: 18 Dis 2014
Versi 6.0.6
Footer Menu
Best Viewed
Rencana Ulang Tahun Ke 10 Bahagian Betong Cetak Rencana Ulang Tahun Ke 10 Bahagian Betong

Betong, Memaksimumkan Potensi Pembangunan Luar Bandar

Menjadi sebuah bahagian "baru" yang berusia 10 tahun, sudah pastinya cabaran yang amat besar kepada Bahagian Betong. Namun, ia sebenarnya memberikan kelebihan kepada bahagian tersebut, untuk belajar daripada pengalaman bahagian lain dan menyesuaikan strategi berkesan pembangunan untuk Bahagian Betong.

Hasilnya, kini berkat kebijaksanaan pemimpin negeri dan perkhidmatan awam Bahagian Betong telah menyaksikan Bahagian Betong sebenarnya maju mengikut cara Bahagian Betong tersendiri terutama yang berjaya memaksimumkan potensi pembangunan luar bandarnya.

Ini dinyatakan Timbalan Ketua Menteri Sarawak, YB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Alfred Jabu anak Numpang berkata demikian ketika Perayaan Sambutan Ulang Tahun Ke 10 Betong diisytiharkan Menjadi Bahagian Ke-11 Di Sarawak pada 26 Mac 2012 di Dewan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, Betong.

Beliau yang juga Menteri Pemodenan Pentanian/Menteri Pembangunan Luar Bandar Sarawak berkata sebagai contoh Betong dari aspek pertanian berjaya membangunkan kawasan luar bandar antaranya seperti Kawasan Penanaman Padi Lubok Nibong dalam penghasilan gred premium Beras Bajong, yang kini telahpun mendapat perlindungan harta intelek.

Melalui Kawasan Pertanian Bersepadu (IADA) Kalaka Saribas dan SALCRA serta penglibatan sektor swasta kebanyakan daerah Saratok dan Betong kini telah pun dibangunkan dengan tanaman kelapa sawit yang menjana peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Perancangan untuk menambahkan 3 lagi kilang sawit pemprosesan kelapa sawit juga telah dirancang dalam masa 3 tahun akan datang. Manakala permintaan tinggi terhadap komoditi getah mentah juga telah membawa kepada pembukaan Kilang Pemprosesan Getah di Debak oleh Syarikat Guangken Rubber of Guangdong China dengan kerjasama Pertubuhan Peladang Negeri.

Ia secara tidak langsung memanfaatkan program pembasmian kemiskinan Kawasan Agropolitan Gunung Sadok yang merangkumi kawasan Betong, Saratok selain Engkelili, Lubok Antu (Bahagian Sri Aman), Julau (Bahagian Sibu) dan Pakan (Bahagian Sarikei) turut mendapat tempias pembangunan.

Jelas beliau lagi, bagi merancakkan sektor pendidikan di Betong, satu Politeknik Metro akan diwujudkan di Bandar Baru Betong yang dijangkakan beroperasi pada 2013.

Ini menurut beliau akan melengkapkan institusi pendidikan di Bahagian Betong seperti SMK Datuk Patinggi Kedit Betong, SMK Spaoh Betong, SMK Pusa, Betong, SM Vokasional Betong, SMK Ulu Layar Betong, Maktab Rendah Sains Mara Betong (MRSM), SMK Beladin, Betong dan Kolej Komuniti Betong.

Paling penting menurut beliau adalah sistem pentadbiran perkhidmatan awam yang menjadi "nadi pembangunan" di Bahagian Betong dengan semangat dedikasi penjawat awam terutama dalam perlaksanaan program Tranformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dengan NKRA dan NKEA masing-masing dan agensi kerajaan negeri dan persekutuan yang menempatkan pejabat mereka di bahagian setelah bergelar sebagai bahagian.

Kerajaan juga menurut beliau, akan memastikan keperluan rakyat sentiasa terbela. Ini termasuklah menaiktaraf Loji Perawatan Air Betong bagi memenuhi keperluan pembangunan yang sentiasa meningkat. Bagi projek mitigasi banjir pula, kerajaan telah meluluskan projek sepanjang Sungai Layar dan Projek Mencantikan Kampung Melayu Betong turut dilaksanakan.

Manakala Projek Bekalan Air Baru di Sungai Krian sedang dalam pelaksanaan untuk memenuhi keperluan penduduk di Saratok.

Lebih ramai penduduk luar bandar mendapat manfaat daripada projek kecil luar bandar seperti jalan, bekalan elektrik, bekalan air dan juga kemudahan pendidikan dan  kesihatan juga turut dipertingkatkan.

Apa yang diharapkan, menurut Timbalan Ketua Menteri pada 10 hingga 15 tahun akan pertambahan populasi penduduk dijangka dari 12,000 orang ke 50,000 orang dan kerajaan juga telah memperuntukkan seluas 130 hektar kawasan berhampiran pusat bandar Betong bagi tujuan "Family Park" dan Pusat Rekreasi untuk menampung keperluan tempat rekreasi pada masa akan datang.

Sumber:Rakan Sarawak-Januari-March 2012


 
|